Berkenaan Program
Geran Pusat Jagaan adalah inisiatif kerajaan Negeri Selangor bagi menggalakkan Pusat Jagaan untuk menjalankan operasi secara sah dengan mendaftar dengan pihak berwajib. Selain itu, geran ini juga dapat Membantu Pusat Jagaan untuk menampung kos pendaftaran yang melibatkan penyediaan pelan bangunan, pengubahsuaian dan pematuhan kepada agensi teknikal.
Syarat Kelayakan bagi
Program Geran Pusat Jagaan
Pengusaha adalah merupakan Perniagaan / Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) / Pusat Dalam Komuniti (PDK) / Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) yang telah berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) atau Pendaftar Pertubuhan (ROS) Negeri Selangor dalam tempoh minimum 6 bulan sebelum masa permohonan
Lokasi premis pusat jagaan / taska di dalam Negeri Selangor
Pusat Jagaan menjalankan operasi bagi kanak-kanak, orang kelainan upaya dan warga emas
Bukti komitmen untuk mendaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat dengan mengemukakan bukti dokumen-dokumen diperlukan untuk mendaftar pusat jagaan / taska ke Jabatan Kebajikan Masyarakat
GPJ adalah geran untuk menggalakkan taska, pusat jagaan warga emas, dan pusat jagaan orang kurang upaya (OKU) untuk menjalankan operasi secara sah dengan mendaftar dengan pihak berwajib.
Geran ini digunakan untuk:
Geran maksimum yang boleh diterima adalah RM5,000.00 bagi setiap pengusaha atau operator secara tuntutan, berdasarkan dokumen yang membuktikan keperluan pendaftaran dan pembayaran.
1. Pusat jagaan beroperasi:
2. Perniagaan/ Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO)/ / Pusat Dalam Komuniti (PDK) / Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) yang berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) atau Pendaftar Pertubuhan (ROS) Negeri Selangor sekurang-kurangnya enam bulan sebelum permohonan.
3. Lokasi premis pusat jagaan yang beroperasi di Negeri Selangor.
Pemohon/ syarikat hanya boleh memohon untuk SATU premis sahaja
Hanya Perniagaan/ Pertubuhan yang telah beroperasi sekurang-kurangnya ENAM bulan
Boleh memohon, jika perniagaan dan premis perniagaan beroperasi di Selangor
Boleh memohon
Pendaftaran adalah secara 'online' di laman sesawang https://gpj.selangkah.my atau di aplikasi SELangkah.
Tiada borang fizikal disediakan.
Secara online di portal https://gpj.selangkah.my atau melalui aplikasi SELangkah
Dokumen status terkini pemprosesan (surat / resit / perakuan / sijil / notis) atau sebarang bentuk dokumen berkaitan daripada Pihak Berkuasa Tempatan, Jabatan Bomba, Pejabat Kesihatan Daerah atau Jabatan Kebajikan Masyarakat yang membuktikan keperluan pendaftaran dan pembayaran
Sila Lampirkan semua resit/invoice yang berkaitan
Proses kelulusan dilakukan oleh Jawatankuasa Teknikal dan Jawatankuasa Penilai. Jawatankuasa Penilai akan menilai permohonan yang lengkap dan meluluskan geran yang layak diterima.
Setelah permohonan diterima, proses semakan dan kelulusan akan mengambil masa sehingga 60 hari bekerja
Penyaluran geran akan dibuat ke dalam akaun bank anda dalam tempoh 21 hari bekerja selepas diluluskan
Secara 'online' di portal https://gpj.selangkah.my atau melalui aplikasi SELangkah
Geran akan disalurkan ke akaun bank Syarikat / Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO)/ / Pusat Dalam Komuniti (PDK) / Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) yang memohon
Jika terdapat ralat pada maklumat akaun bank anda, sila log masuk dan kemaskini maklumat bank anda di laman sesawang atau aplikasi Selangkah dalam tempoh 14 hari
Tidak boleh, hanya untuk tujuan Pendaftaran Pusat Jagaan
Selepas menerima geran, penerima perlu mengemukakan laporan kemajuan mengenai proses pendaftaran dalam tempoh tiga dan enam bulan. JKM juga akan memantau status pendaftaran dan memberikan bantuan jika diperlukan.